Thursday, 8 March 2012


Kurt Westergaard
   Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang dari mana entah, membakar lelaki ini.

"Dalam satu laporan risikan, sebuah akhbar Arab yang diterbitkan dari Arab Saudi, telah mendakwa yang Kurt Westergaard, kartunis Denmark, telah meninggal dunia dalam satu insiden kebakaran".

   DALAM laporan siasatan sebuah akhbar yang diterbitkan dari Arab Saudi, telah mendakwa bahawa Kurt Westergaard, kartunis Denmark yang menggemparkan dunia Islam kerana menghina Nabi Muhammad SAW dalam karikaturnya, telah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran.Pihak berkuasa Denmark telah cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan kematiannya yang telah membuatkan seluruh umat Islam seluruh dunia marah dengan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. Rentetan dari itu kartunis ini telah menerima ancaman dari seluruh dunia yang marah kerana penerbitan yang berulang-ulang di akhbar Eropah.

Gambar di dakwa kartunis tersebut namun kesahihannya tidak dapat dipastikan...
   
   Pada Februari 2008, tiga warga Arab telah ditangkap kerana tuduhan penglibatan mereka dalam yang merancang kematian Kurt. Seorang lelaki Somalia telah juga cuba menikam beliau tetapi polis berjaya menyelamatkan beliau.Laporan siasatan berkata, kejadian itu berlaku di mana Westergaard telah terbakar serius dan mati di tempat kejadian dan kejadian berlaku dalam biliknya, anehnya, bilik itu telah di kawal ketat tanpa sesiapa pun boleh masuk…. bagaimana dia boleh terbakar? takkan pengawal di luar rumah x perasan?? misteri kematiannya x terungkai dan yang paling penting ia di rahsiakan dari pengetahuan umum.

   Laporan itu juga mendakwa bahawa beberapa saksi-saksi juga bersedia untuk memberi keterangan tentang apa yang berlaku. Pihak berkuasa Denmark setakat ini tidak dapat mencari sebarang punca mengenai api tersebut, sambil menganggap ini adalah konspirasi dari luar yang ingin membunuh kartunis tersebut.Menurut BBC, sebanyak dua belas orang yang terlibat dalam penerbitan karikatur menghina Nabi Muhammad, tetapi semua mereka, kecuali Kurt, telah memilih untuk bersembunyi untuk melarikan diri dari kemarahan awam selepas umat Islam di seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam perhimpunan bantahan yang dihadiri oleh berjuta-juta orang.



 Mujahid Attempts To Murder Danish Cartoonist   

    Orang-orang di Malaysia juga telah menyertai saudara-saudara mereka seperti orang-orang di Indonesia, Bangladesh, India dan banyak negara-negara Arab untuk menyatakan bantahan terhadap konspirasi untuk memburuk-burukkan Agama Islam .Yang membuatkan lagi ramai umat Islam kesal ialah beliau tidak menyesal dengan apa yg di lakukan.Akhbar Saudi berkata kematian Kurt menunjukkan betapa kekuasaan Allah SWT, walaupun di kawal ketat dan di tempatkan di dalam bilik yg selamat, tiada dapat menyelamatkan dia dari balasan dan azab dari Allah Taala.


KITAB INJIL BERUSIA 1, 500 TAHUN DITEMUI DAN DIPAMERKAN...



   ANKARA – Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

   Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

   Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail. Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.




1500-year-old handwritten Bible found in Turkey



   Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian. Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

   Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba. Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul.

   Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi

FILEM OSOMBIE UNDANG KEMARAHAN DUNIA ISLAM...

Filem Osombie -The Axis Of Evil Dead-
   Kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden telah dipermainkan sebuah syarikat penerbitan tidak bertanggungjawab di Utah selepas mereka menerbitkan filem zombi (mayat berjalan) menggunakan watak beliau.

   Filem berjudul Osombie: The Axis of Evil Dead itu memaparkan pertempuran antara Unit Angkatan Khas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan kumpulan militan zombi di kawasan gurun diketuai oleh Osama yang kononnya bangkit dari kematiannya. Pengarah eksekutif, Kynan Griffin berkata, skrip tersebut telah dihasilkan sebelum Osama dibunuh pada Mei lalu.



Trailer Filem Osombie

   Ia turut menggunakan tagline 'Bin Laden Will Die Again' (Osama akan mati sekali lagi) yang dianggap biadab dan dilihat bakal mencetuskan kemarahan orang Islam.


Osombie - The Axis of Evil Dead
Salah Satu Babak Di Dalam Filem Osombie  
   Sementara itu, sebuah lagi filem kontroversi arahan Kathryn Bigelow yang berkisar mengenai operasi memburu Osama juga akan diterbitkan walaupun menerima kritikan banyak pihak kerana ia secara terang mendedahkan misi rahsia Agensi Penyiasatan Pusat (CIA).


Islam Semakin Hari Semakin Ditindas, Dicerca, Dikeji Oleh Musuh-Musuh Islam...

Wednesday, 5 October 2011

TIADA BURUNG HINGGAP DI ATAS KAABAH...

       Pada siang hari Kaabah akan nampak kecil & rendah tpi pada malam hari ia seolah besar & tinggi. Itulah kuasa Tuhan,power of God. Burung2 tidak akan terbang atas Kaabah. Burung pun tahu kehebatan Kaabah....dan mat salleh pun not deny this fact...why? READ THIS FROM BELIEVE IT OR NOT BOOK!


       Terdapat banyak burung burung berterbangan mengelilingi kaabah seolah olah penjaga kepada kaabah tersebut..
 
      persoalannya.. anehnya kenapa burung burung tersebut tidak hinggap di kaabah (atas kaabah) dan hanya mengelililingi kaabah sahaja tidak seperti burung lain yg hinggap didahan..MAHA KUASA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.

      Saya akan ulang balik...Barat didn't deny this and, BELIEVE IT OR NOT!!!

Sunday, 2 October 2011

KETAKUTAN ISRAEL TERHADAP SEMANGAT AL-QOSSAM HAMAS...

Al-Qossam

       Betapa takutnya Israel akan Hamas. Dan betapa takut pula mereka akan Al Qossam, roket yang dibuat oleh Hamas. Roket yang hanya dibuat di rumah ini, hanya menggunakan tangan, seolah tak pernah habis dan tak pernah henti. Bandingkan dengan Israel yang mengimport senjata, termasuk roket dari negara-negara besar seperti Jerman dan AS, selain juga Israel menghasilkan sendiri senjatanya, yang semuanya itu tentu saja, tak ada yang dibuat di rumah, juga tak ada yang dibuat oleh tangan.

        Roket-roket Israel merupakan buatan fabrik dan mesin yang mempunyai daya jangkauan menuju lebih ribuan kilometer dan daya ledak yang dahsyat. Tapi itu, tak sedikit pun membuat Hamas ataupun orang Palestin yang berada di Tebing Gaza ketakutan. Israel bila-bila masa saja boleh melancarkan senjata mereka, roket, misil dan bom, dan para pejuang Hamas senantiasa bersiap sedia. 
  
       Para pejuang Hamas hafal betul2 dengan ayat Al Quran yang berbunyi : "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)." (Qs. al-Anfaal [8]: 60).

Dan beginilah Hamas membuat senjata roket Al Qossam untuk berjuang melawan penjajah bumi Palestin, Israel :

Di sebuah gudang di utara Tebing Gaza, sekelompok anak muda, selalunya anak muda, membuat roket-roket Al Qossam. Mereka menyiapkannya di malam hari.
Roket-roket diukur sedemikian rupa dalam berbagai ukuran yang berbeza. Yang paling besar "hanya" dapat mencapai jarak 9 kilometer. Berbeza dengan Israel di mana roket mereka dapat mencapaian jangkauan ribuan kilometer.

Material peledak: hulu roket diisi dengan TNT.
Pupuk yang digunakan sebagai bahan bakar roket berasal dari Israel. Orang-orang Israel tidak tahu bagaimana pupuk-pupuk ini boleh sampai di Gaza.
Perlu satu jam setengah untuk menyiapkan bahan bakar roket di atas sebuah kompor gas mini. Roket sedang uji ledaknya.


Para Hamas muda ini menggunakan walkie talkie untuk berhubungan dengan rakan-rakannya yang berjaga di luar gudang.

Enam jam dalam satu malam, dibagi dalam dua shift. Mereka menggunakan waktu istirahat untuk tahajjud dan hanya ditemani segelas kopi.
Semua bahan dituangkan ke dalam roket, yang kemudian akan mendingin dan mengeras dengan sendirinya. Kontainer ini kemudian akan dipotong dan silinder bahan bakar dimasukan ke dalam sel Qossam. Sebuah detonator juga disertakan. Satu malam, anak-anak muda itu sanggup membuat 100 buah roket! SubhanAllah...
Barat @ Islam Yang Hebat???
Islam will be victorious!!! Israel will be destroyed!!!

Saturday, 1 October 2011

BUKU BELIEVE IT OR NOT MENCATIT SIRAH-SIRAH ISLAM...

Antara pembukuan sirah-sirah Islam di dalam buku BELIEVE IT OR NOT :

1- Sirah Nabi MUHAMMAD S.A.W.


Salah satu kucing kesayangan Baginda ialah Muezza (Muazza)... Diriwayatkan ada satu ketika nabi ingin menunaikan solat setelah mendengar laungan azan akan tetapi  Si Muezza sedang nyenyak tidur di bucu jubahnya. Baginda tidak mengejutkan Si Muezza  akan tetapi memotong bahagian yang digunakan oleh Si Muezza sebagai lapik tidurnya... Sesudah Nabi kembali kerumah dilihat Si Muezza kelihatan kesal dengan perbuatannya dan dilihat cuba memohon maaf atas perbuatannya...Baginda juga kadangkala membawa Si Muezza bersama-sama dalam majlis dakwahnya dan meletakkannya di pangkuan Baginda sambil berdakwah..

2. Sirah Saidina Hassan r.a:


Saidina Hassan terkenal sebagai seorang dermawan. Waktu hidupnya, beliau digelar, “Karimu ahlil bait” yang ertinya keluarga Rasulullah SAW yang paling dermawan. Beliau tidak pernah 
menghampakan harapan orang lain...


3. Sirah Menara Masjid = Pharos of Alexandria (Tujuh Keajaiban Dunia) ???



DAN Orang Barat pun mencatat sirah2 Islam dalam buku Believe It Or Not....Bagaimana dengan kita yang mengagung2kan orang2 barat sehingga lupa akan sejarah Islam kita sendiri....

PALESTIN SEBELUM TAHUN 1948...


Palestin sebelum tahun 1948....

Kenapa nak dibandingkan dengan tahun 1948? 1948 merupakan tahun tertubuhnya negara haram Israel di Tanah Palestin....sebelum 1948...aman damai..selepas 1948....pahit getir terpaksa dirasa rakyat Palestin!!

 

PELAWAT

Penggoreng Blog