Thursday, 8 March 2012


Kurt Westergaard
   Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang dari mana entah, membakar lelaki ini.

"Dalam satu laporan risikan, sebuah akhbar Arab yang diterbitkan dari Arab Saudi, telah mendakwa yang Kurt Westergaard, kartunis Denmark, telah meninggal dunia dalam satu insiden kebakaran".

   DALAM laporan siasatan sebuah akhbar yang diterbitkan dari Arab Saudi, telah mendakwa bahawa Kurt Westergaard, kartunis Denmark yang menggemparkan dunia Islam kerana menghina Nabi Muhammad SAW dalam karikaturnya, telah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran.Pihak berkuasa Denmark telah cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan kematiannya yang telah membuatkan seluruh umat Islam seluruh dunia marah dengan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. Rentetan dari itu kartunis ini telah menerima ancaman dari seluruh dunia yang marah kerana penerbitan yang berulang-ulang di akhbar Eropah.

Gambar di dakwa kartunis tersebut namun kesahihannya tidak dapat dipastikan...
   
   Pada Februari 2008, tiga warga Arab telah ditangkap kerana tuduhan penglibatan mereka dalam yang merancang kematian Kurt. Seorang lelaki Somalia telah juga cuba menikam beliau tetapi polis berjaya menyelamatkan beliau.Laporan siasatan berkata, kejadian itu berlaku di mana Westergaard telah terbakar serius dan mati di tempat kejadian dan kejadian berlaku dalam biliknya, anehnya, bilik itu telah di kawal ketat tanpa sesiapa pun boleh masuk…. bagaimana dia boleh terbakar? takkan pengawal di luar rumah x perasan?? misteri kematiannya x terungkai dan yang paling penting ia di rahsiakan dari pengetahuan umum.

   Laporan itu juga mendakwa bahawa beberapa saksi-saksi juga bersedia untuk memberi keterangan tentang apa yang berlaku. Pihak berkuasa Denmark setakat ini tidak dapat mencari sebarang punca mengenai api tersebut, sambil menganggap ini adalah konspirasi dari luar yang ingin membunuh kartunis tersebut.Menurut BBC, sebanyak dua belas orang yang terlibat dalam penerbitan karikatur menghina Nabi Muhammad, tetapi semua mereka, kecuali Kurt, telah memilih untuk bersembunyi untuk melarikan diri dari kemarahan awam selepas umat Islam di seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam perhimpunan bantahan yang dihadiri oleh berjuta-juta orang.



 Mujahid Attempts To Murder Danish Cartoonist   

    Orang-orang di Malaysia juga telah menyertai saudara-saudara mereka seperti orang-orang di Indonesia, Bangladesh, India dan banyak negara-negara Arab untuk menyatakan bantahan terhadap konspirasi untuk memburuk-burukkan Agama Islam .Yang membuatkan lagi ramai umat Islam kesal ialah beliau tidak menyesal dengan apa yg di lakukan.Akhbar Saudi berkata kematian Kurt menunjukkan betapa kekuasaan Allah SWT, walaupun di kawal ketat dan di tempatkan di dalam bilik yg selamat, tiada dapat menyelamatkan dia dari balasan dan azab dari Allah Taala.


KITAB INJIL BERUSIA 1, 500 TAHUN DITEMUI DAN DIPAMERKAN...



   ANKARA – Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

   Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

   Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail. Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.




1500-year-old handwritten Bible found in Turkey



   Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian. Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

   Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba. Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul.

   Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi

FILEM OSOMBIE UNDANG KEMARAHAN DUNIA ISLAM...

Filem Osombie -The Axis Of Evil Dead-
   Kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden telah dipermainkan sebuah syarikat penerbitan tidak bertanggungjawab di Utah selepas mereka menerbitkan filem zombi (mayat berjalan) menggunakan watak beliau.

   Filem berjudul Osombie: The Axis of Evil Dead itu memaparkan pertempuran antara Unit Angkatan Khas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan kumpulan militan zombi di kawasan gurun diketuai oleh Osama yang kononnya bangkit dari kematiannya. Pengarah eksekutif, Kynan Griffin berkata, skrip tersebut telah dihasilkan sebelum Osama dibunuh pada Mei lalu.



Trailer Filem Osombie

   Ia turut menggunakan tagline 'Bin Laden Will Die Again' (Osama akan mati sekali lagi) yang dianggap biadab dan dilihat bakal mencetuskan kemarahan orang Islam.


Osombie - The Axis of Evil Dead
Salah Satu Babak Di Dalam Filem Osombie  
   Sementara itu, sebuah lagi filem kontroversi arahan Kathryn Bigelow yang berkisar mengenai operasi memburu Osama juga akan diterbitkan walaupun menerima kritikan banyak pihak kerana ia secara terang mendedahkan misi rahsia Agensi Penyiasatan Pusat (CIA).


Islam Semakin Hari Semakin Ditindas, Dicerca, Dikeji Oleh Musuh-Musuh Islam...

PELAWAT

Penggoreng Blog