Saturday, 1 October 2011

PUSAT PERJUDIAN NOMBOR SATU DI DUNIA!!!

Syarikat Perjudian Malaysia berjaya mengalahkan kelab perjudian terbesar dunia hatta di Las Vegas, USA!!!

Tempat perjudian Malaysia!!

       Sedarilah tiada satu agama di dunia ini yang menghalalkan judi untuk penganutnya. Hanya penjahat dan penyagak sahaja yang merestuinya. Bilakah akan tersedar?



Negara Islam konon...TUIHHHH!!!
Sumber: http://www.casinocitytimes.com/news/article/top-10-casinos-by-number-of-employees-171206

BURGER NAJIS TOKYO!!!

 

TOKYO | Penyelidik dari Jepun nampaknya agak 'berlebihan' dalam menerapkan prinsip kitar semula. Kenapa tidak, mereka telah memutuskan untuk mencipta daging steak yang dibuat dari najis manusia.

Mitsuyuki Ikeda, penyelidik dari Okayama Laboratory, mendapatkan idea aneh ini selepas menerima permohonan badan pengendali Tokyo Sewage kepadanya untuk mencari kaedah yang dapat memanfaatkan sisa kumbahan di bandar itu.

Ketika menemui bahawa kotoran manusia terbukti mengandungi protein, Ikeda bersama pasukan penyelidiknya mengekstraks protein tersebut untuk mencipta daging buatan. Ikeda menggunakan zat pewarna makanan untuk mencipta warna kemerahan pada daging serta menambahkan kicap sebagai penyedap rasa.

 Kegilaan manusia yang hilang kewarasan menjadi-jadi...

GAMBAR SESEORANG BERSOLAT MENGHADAP KIBLAT DI DALAM PETA DUNIA...



SubhanAllah...Sesungguhnya keagungan Allah amat luas....

BUDAK KRISTIAN BERCAKAP SOAL HUKUM HUDUD!



Berat nanang...orang Islam sendiri pun tak faham2 soal hudud, kadang2 buat2 tak faham, malu dengan bangsa dan agama yang lain yang boleh faham soal hukum2 dalam Islam....

Monday, 26 September 2011

HUKUM ALLAH DIPERSENDA OLEH UTUSAN MALAYSIA!!!

Kartun Utusan Malaysia menghina Hukum Allah!!!
   

     Wajarkah bagi sebuah negara yang kononya sebagai negara Islam, tetapi begitu mudah memperlekehkan hukum dari Allah...Di mana kewarasan manusia yang bergelar hamba Allah jika tanpa perasaan segan silu di dalam mempermainkan apa yang datang dari Allah..Kita begitu sensitif apabila orang-orang barat yang menghina Nabi kita, al-Quran kita dan sebagainya yang berkaitan dengan Islam..Tetapi sedarkah kita,sejak bila orang Islam diberi lesen untuk memperlekeh Islam itu sendiri??? tanpa tiada langsung perasaan takut kepada azab Allah,biar kita berbeza politik,tetapi janganlah sampai  menghina @ memperlekeh apa yang datang dari Allah...Dan perlu diingat, jangan kita takkabur, sombong berada di bumi Allah...

      Sabda Rasulullah: "Tidak masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya sebesar kuman daripada ketakaburan". Mana peranan pemimpin negara yang selama ini kita tahu dia merupakan seorang muslim di dalam menangani isu penghinaan ini sedangkan dia sendiri menolak hukum Allah...Kita boleh menerima lagi jika mengatakan hukum hudud ini jikaa hendk dilaksanakan perlu melalui proses tertentu, tetapi apa yang tidak boleh diterima adalah jika tanpa perasaan sebagai hamba Allah terus menolak hukum dariNYA, lantas mengatakan ia TIDAK SESUAI!!!MANA LEBIH BESAR MARTABT PERLEMBAGAAN MALAYSIA DNGAN AL-QURAN ITU SENDIRI!!???Di dunia mungkin kita megah di dalam pangkat dan kata-kata, tetapi perlu diingat tiada seorang pun akan kekal di dunia ini dan apa yang penting, setiap kata-kata dan perlakuan kita pasti akan ditanya di hadapan Allah kelak...





       Islam agama rasmi di Malaysia, apa yang rasmi aku pun tak tahu rasmi sampai boleh memperlekehkn Hukum Allah di dalam dada akhbar, bagaimana reaksi bukan Islam jika sering kali melihat situasi ini???dan jangan pula melenting jika selepas ini ada sebilangan orang bukan Islam memperlekeh agama Islam, sedangkan kita yang Islam pun tidak segan silu memperlekeh hukum yang ada di dalam agama kita sendiri...
        Begini lah situasi Islam di Malaysia, makin hari makin hilang akal mereka di dalam soal agama...ingin menarik  kembali kenyataan kartun yang terdapat di dalam akhbar berkenaan (UTUSAN MALAYSIA) @ tidak, ingatlah azab Allah itu benar!neraka itu adalah benar!

Sunday, 25 September 2011

Realiti & Nasib Islam Sebagai Agama Rasmi Di Malaysia



       Jenayah tidak dapat diturunkan kadarnya atau diatasi melainkan dengan kembali kepada kaedah terbaik mengatasi jenayah itu. Tidak lain melainkan kembali kepada hukum Allah yang antaranya hudud, qisas dan takzir. Hakikat sebenarnya Hudud itu adalah salah satu hukum Allah yang wajib dilaksanakan. Seperti kita meyakini solat, puasa, zakat, haji itu sebagai hukum Allah yang wajib diimani dan wajib dilaksanakan, maka demikianlah hukum hudud.


       Ini bukan soal politik semata-mata. Bukan soal siapa yang menerima hudud atau menolak hudud. Ini soal keselamatan dan kestabilan negara. Bagaimana negara boleh aman dan stabil kalau jenayah menjadi begitu mengganas dan berleluasa.

      Dalam ayat 186 surah al-Baqarah, Allah menyebut tentang kefardhuan puasa. Beberapa ayat sebelum itu Allah menyebut dengan seruan sama kepada orang beriman, dan dengan lafaz yang hampir sama dengan puasa, tetapi kefardhuannya ialah Qisas-pembalasan setimpal terhadap jenayah yang dilakukan.
Di Malaysia, sistem kewangan Islam berkembang dengan baik. Di celah sistem kapitalis yang begitu dominan, beberapa aspek kewangan Islam boleh menumpang dan menyelit sama. Bahkan mendapat sambutan dari banyak institusi kewangan konvensional pula.

       Kita tidak pula mengatakan sistem kewangan Islam itu lapuk atau hanya slogan. Sistem jenayah pula yang meliputi hukum hudud, takzir dan qisas juga adalah sebahagian dari komponen ajaran Islam sendiri. Kalau kita boleh meyakini sistem kewangan Islam, mengapa kita sebagai orang Islam tidak boleh meyakini sistem jenayah Islam?

Jenayah Kekerasan 2005 2006 2007 (januari – ogos)
Bunuh 497 604 383
Cubaan Bunuh 94 - -
Rogol 1887 2435 2144
Cabul Kehormatan - 2023 1576
Samun Berkawan Bersenjata Api 40 68 22
Samun Berkawan Tanpa Senjata Api 1842 2658 1918
Samun Bersenjata Api 317 247 155
Samun Tanpa Senjata Api 13 210 18 446 12 936
Pemerasan - 1549 1230
Ugutan Jenayah - 6336 5493
Merusuh - 2261 1744
Mencederakan 4246 5716 4501
Jumlah 22 133 42 343 32 102
Jenayah Harta Benda


Curi 34 317 37 128 28 865
Curi Van/ Lori/ Jentera Berat 5507 6328 3384
Curi Motokar 9711 11 101 7954
Curi Motosikal 51 709 64 858 43 652
Curi Ragut 9617 9551 7176
Pecah Rumah Siang Hari 6923 8253 6296
Pecah Rumah Malam Hari 17 542 19 060 14 356
Jumlah 135 326 156 279 111 683
Jumlah Jenayah Indeks 157 459 198 622 143 785
Sumber: Polis Diraja Malaysia
Dipetik daripada Dewan Masyarakat, November 2007.

      Cuba lihat indeks jenayah di Malaysia di atas. Indeks tersebut sehingga 2007. Ia begitu menakutkan. Ia berkembang-biak walaupun akta demi akta dicipta. Jenayah berat seperti bunuh, rompak, curi, samun, rogol menjadi tajuk utama media saban hari. Dulu tidak ada siri 999 di tv. Tapi kerana banyaknya jenayah kini, maka siri itu tidak kurang idea dan bahan. Namun kerana tiada ‘ruh’ (spirit) dari langit dalam akta tersebut, ia tidak berjaya. Sedangkan Allah telah memberi jaminan untuk mencegah jenayah dari terus berleluasa apabila sistem jenayah Islam dilaksanakan berdasarkan petunjuk yang benar dari langit. Dan selepas merdeka lebih 50 tahun , sepatutnya negara kita makin aman dengan perlaksanaan hukum Tuhan, bukannya makin parah dengan pelbagai jenayah sehingga terpaksa ditambah pegawai polis dan CCTV.



Seorang Pegawai Syariah sedang menjalankan hukuman sebat ke atas seorang wanita yang di dapati bersalah tinggal serumah bersama teman lelakinya di hadapan masjid Banda Acheh


PERLAKSANAAN hukuman sebat menjalankan hukuman itu ke atas seorang lelaki yang didapati bersalah kerana berjudi di halaman Masjid Agung Bireun, Aceh

       Hudud atau sistem jenayah Islam ini pula mempunyai tiga fungsi. Menghukum penjenayah dengan balasan setimpal, mencegahnya dari mengulangi jenayah yang sama di masa hadapan dan menghindarkan bakal-bakal penjenayah dari melakukan jenayah tersebut. Dan tentulah perlaksanaan ini mesti berjalan secara holistik. Bukan hanya menjatuhkan hukuman atau melaksanakan hudud, masyarakat pula mesti dididik dengan agama, perkara mungkar mesti dijauhi dan segala elemen yang menyuburkan jenayah mesti dibanteras. Soalnya ialah setakat mana kerajaan bersungguh mendidik rakyat dengan agama. Setakat mana mungkar dibanteras (sedangkan pemimpin UMNO/BN juga terlibat dalam mungkar dan jenayah: tuduh liwat, pembunuhan, rasuah dan lain-lain) dan tidak pelik jika ada agensi tertentu yang melindungi penjenayah, samseng atau kongsi gelap.

       Tidak sepatutnya timbul keraguan terhadap hukum hudud, ucapan hanya slogan, atau menjadi mainan politik selamanya. Kesungguhan melaksanakannya mesti ada pada ahli politik Islam dan terutamanya pemerintah di peringkat kerajaan pusat yang mempunyai bidangkuasa yang besar.

      Kerajaan Kelantan berhasrat melaksanakan perintah Allah itu. Dalam tempoh lebih 20 tahun pemerintahannya, suasana kondusif untuk melaksanakan hukum itu disediakan. Pelbagai aktiviti kebajikan terhadap rakyat dibuat. Kefahaman Islam disampaikan kepada rakyat. Rakyat dididik dengan program agama. Kebajikan rakyat diutamakan. Pemimpin kerajaan negeri diajar dan ditarbiyyah menjauhi rasuah. Akhirnya kalau berlaku kecurian, maka yang mencuri itu tentunya penjahat yang mesti dihukum. Justru, kenapa takut dengan hukum hudud?

       Terengganu di bawah pemerintahan PAS akhir 1999 hingga 2004 telah meletakkan batu asas pentadbiran dan pemerintahan negeri berdasarkan al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Saya masih ingat ketika pihak kerajaan negeri Terengganu di bawah PAS ketika itu yang membuat seminar pelaksanaan syariah di tahun 200an itu, saya yang ketika itu masih menjawat jawatan pensyarah Pengajian Islam turut menghadiri seminar tersebut. Dalam sebuah bengkelnya, saya kebetulan bersama dengan bekas ADUN Seberang Takir dari BN, Dato’ Rashid Ngah. Perbincangan tersebut rancak tentang hukum hudud. Dato’ Rashid Ngah hanya diam, tidak banyak bercakap, dan tidak pula membantah.
Tempoh yang lama di bawah pemerintahan Dr Mahathir menyaksikan hukum hudud menjadi mainan, momokan dan sinis dari kejahilan pemimpin UMNO/BN nombor satu ketika itu hinggalah juak-juaknya yang juga jahil tentang Islam. Orang Melayu yang jahil dan orang bukan Islam yang kurang memahami Islam termakan dengan dakyah UMNO/BN mengenai hukum Islam hinggalah PAS berjaya meruntuhkan tembok itu kemudiannya.

       Hanya mereka yang masih tidak faham tentang hukum hudud dan penjenayah (kolar putih atau biru)  sahaja yang cepat melatah apabila diajak supaya melaksanakan hukum hudud. Sekali lagi ditegaskan, tiada pilihan untuk menurunkan kadar jenayah melainkan mesti kembali kepada hukum ajaran Allah, bukan sahaja dalam soal jenayah tetapi bersedia menerima sistem Islam dalam bentuknya yang holistik dan menyeluruh. PAS komited dengan perjuangannya ‘Islam Adil Untuk Semua’ dan ‘Membangun Negara Berkebajikan’ bersama rakan dalam Pakatan Rakyat bagi menumbangkan UMNO/BN yang mewarisi sifat-sifat ‘penjajah’ ini.

 Islam Bukannya hanya pada solat, haji, zakat dan sebaginya...menidakkan satu huruf di dalam al-Quran hukumnya KAFIR, bagaimana pula menolak sepotong ayat al-Quran??? yang mana apa yang datang dari Allah, jika diragui apa yang datang dariNYA walau sebesar zarah sekalipun, laknat baginya...Nauzubillah....

Friday, 23 September 2011

PERTUBUHAN-PERTUBUHAN DUNIA YANG DIRAHSIAKAN (SECRET SOCIETY)...

Assalamualaikum kepada semua pembaca...

     Kali ini saya akan menerangkan tentang secret2 society di seluruh dunia... Mungkin ramai dah mengetahuinya, mungkin ramai lagi yg masih kabur atau tidak pernah mengetahui.. dipermudahkan, secret society ini adalah pertubuhan2 rahsia yg telah diilhamkan oleh dajallaknatullah untuk merencanakan dan melaksanakan rancangan2 jahat dan kotor mereka- New World Order... terdapat banyak secret2 society seluruh dunia ini.. contoh2 secret society ini adalah Freemason, Illuminati, Bilderbergh Group, Knight Of Malta, Skull And Bones, Priory Of Sion, Society Of Jesus/ Jesuit dan banyak lagi..... Samada kita semua sedar ataupun tidak, dunia kita ini sebenarnye dikawal oleh mereka.... teruskan membaca... akan dirungkaikan sedikit demi sedikit persoalan ini... Permulaan kepada pengakhiran sudah bermula.....
                                             
1-  Secret Society- FREEMASON...

                                                           

      Freemason, Mungkin ramai dah tahu apa itu Freemason ini amat berpengaruh di seluruh dunia.. Lodge-lodge mereka terdapat di seluruh dunia, termasuklah di negara kita yang tercintaini.Malaysia... Tuan Guru Nik Aziz pernah mengusulkan pengharaman Freemason ini di parlimen satu ketika dulu tetapi gagal. Di Malaysia, Freemason didaftarkan sebagai Pertubuhan Persaudaraan untuk menyembunyikan tujuan sebenar mereka. Contoh Pertubuhan di bawah Freemason ialah Rotary Club dan Lion Club.. Amerika sendiri adalah negara Freemason.. George Washington yang juga Presiden Amerika pertama merupakan Grand Master 33rd Degree iaitu pangkat paling tinggi dalam Freemason ini. Boleh dikatakan semua Presiden Amerika adalah ahli Freemason dan mereka mengikut arahan dari orang atasan Freemason. 
      
      Orang atasan Freemason pula mengikut arahan Dajal laknatullah. Jika mereka ingkar atau tidak mengikut arahan yang diberikan kepada mereka, mereka akan dibunuh atau dujatuhkan reputasi. Contoh, Abraham Lincoln dan John F. Kennedy. Tajuk mengenai Freemason akan dikupas dengan lebih lanjut. Untuk kali ini saya akan ceritakan tentang asal-usul dan perancangan jahat mereka.  Freemason ini ialah sebuah pertubuhan Yahudi yang telah didirikan sejak lebih kurang tahun 900 SM, dan mempunyai sepuluh program antarabangsa.... program ini dlm istilah Freemason dinamakan 'HARAR' or 'SATANIM', berlambangkan sotong kurita (octopus) berkaki sepuluh, ular berbisa (serpent) berkepala sepuluh, dan hantu penerkam berkuku besi....
  
2-  Secret Society- ILLUMINATI...




       lluminati ini telah ditubuhkan pada 1774 di Perancis oleh Adam Weishaupt yang merupakan seorang profesor di Universiti Ingoldstald.. Perkataan Illuminati dinisbahkan kepada salah satu daripada kumpulan (Mazhab) Yahudi iaitu kumpulan Illuminati yang dianggotai oleh golongan bijaksana (Hukama’) Yahudi...Manakala di dalam bahasa Arab pula Illuminati bermaksud al-Nuraniyin.... Nama Illuminati ini diambil sempena nama Iblis yang pada hemat mereka sebagai pemerintah
tunggal alam ini.....

Adam Weisha
Pusat pentadbirannya ialah di segitiga bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal laknatullah...Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada duit 1 dolar US... lambang yang ade pada duit US tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi... sebenarnya, pereka cipta duit US dilakukan oleh seorang anggota freemasonry dari pergerakan illuminati yang bernama Pat Robertson.

       Berikut merupakn matlamat illuminati secara umumnya yang perlu mereka capai mengikut agenda yang telah dirancang:

1. Menghapuskan semua kerajaan2 kebangsaan yang berpelembagaan...
2. Menghapuskan sistem warisan harta pusaka...
3. Menghapuskan pemilikan harta benda sebagai hak persendirian...
4. Menghapuskan semangat nasionalisme...

5. Menghapuskan rumahtangga sebagai hak orang  perseorangan dan kehidupan berkeluarga kerana ia merupakan permulaan kepada ketamadunan manusia...
6. Apa yang paling penting ialah menghapuskan semua agama yang sedia ada di dunia terutama agama Islam supaya umat manusia dapat dipaksa menganut ideologi internasionalisme......


3-     Secret Society- PRIORY OF SION....
                                                                                                                                                                                 
      Tidak banyak maklumat yang dapat dikorek tentang pertubuhan rahsia ini.. Secara ringkasnya, Priory of Sion adalah satu kelompok rahsia di mana dikatakan Leonardo Da Vinci,Jacques De Molay (Grand Master Knight Templar) dan Isaac Newton adalah Grand Master bagi kelompok rahsia ini...Priory of Sion mempunyai kaitan dengan Masonic Lodges yang lain seperti GLA (Swiss Grand Lodge Alpina) dan P2 (Italian Masonic Lodge).

Jacques De Molay      
Sir Isaac Newton

Masonic Lodge ini telah merekrut ahli-ahli mereka untuk Priory of Sion...P2,sebagai rangkaian Priory of Sion adalah satu organisasi yang lebih kepada mafia,mereka telah mengawal Italian Secret Police dan ada kaitan dengan CIA dan KGB.P2 disyaki sebagai suspek utama pembunuhan John Paul I dan melakukan percubaan membunuh John Paul II.....








                                              









  4-    Secret Society- BILDERBERG GROUP...

Tujuan secret society ini ditubuhkan adalah lebih kepada untuk mengawal ekonomi dunia.. Kumpulan ini ditubuhkan oleh billionaire2 pada 1954 dan namanya diambil sempena nama sebuah Hotel di Belanda..Mengikut suatu sumber, idea penubuhan Bilderberg Group adalah bermula pada saat perjumpaan dua kumpulan international billionaire conspirators iaitu Keluarga Rotchilds dari Britain dan Keluarga Rockefeller dari Amerika Syarikat. Dua keluarga billionaire ini merupakan penguasa ekonomi dunia yang sebenar khususnya dalam industri kelengkapan peperangan dan carigali minyak (ExxonMobil).....
       
     Tetapi idea penubuhan Bilderberg telah wujud sebelum 1954 lagi di mana ketua pengarang majalah Forbes iaitu B.C. Forbes, beliau mendedahkan suatu perjumpaan antara penguasa2 ekonomi dunia telah dikenalpasti. Perjumpaan itu dihadiri oleh Henry Davidson, pengarah JP Morgan & Co, Frank Vaderlip, CEO National City Bank, , Pengarah Kuhn Loeb & Co, dan Piatt Andrew, Setiausaha Jabatan Kewangan Amerika. Pertemuan mereka dikenalpasti bertujuan membincangkan suatu plan strategi yang saintifik untuk sistem tukaran matawang Dollar Amerika. Individu berempat ini amat berkuasa dalam menekan ahli-ahli kongress Amerika supaya menerima sebarang saranan dan idea daripada Persatuan Bank-Bank Antarbangsa Amerika.Bilderberg juga berperanan khusus dalam mengawal industri minyak dunia melalui syarikat-syarikat mereka iaitu ExxonMobil, Shell, Projet dan Caltex.

      Semenjak penubuhan Bilderberg Group, terdapat beberapa perkara yang dilihat oleh pemerhati-pemerhati politik dunia tentang Bilderberg Group ini. Antara individu yang banyak mendedahkan berkenaan rahsia kumpulan ini ialah Adreas Von Retyi dalam bukunya yang bertajuk “Bilderberg: The Timetable of New World Order"

    










 Buku ini mendedahkan;-

- Mesyuarat Bilderberg di Jerman yang memutuskan untuk memilih Bill Clinton sebagai Presiden  US.
- Bagaimana Bilderberg mencipta krisis minyak dunia pada 1970-an.
- Bagaimana Bilderberg meruntuhkan tembok Berlin di Jerman


5-  Secret Society-- COUNCIL ON FOREIGN RELATIONSHIP (CFR),TRILATERAL COMMISSION (TC)....

       CFR ini adalah bayangan kepada pertubuhan Illuminati.. Tujuan utama pertubuhan ini dibentuk adalah untuk mewujudkan One World Government.. CFR ditubuhkan pada 1921 iaitu selepas Perang Dunia Pertama dan menyebabkan dasar luar Amerika berubah selepas itu.. Amerika menyokong penubuhan negara Israel dan membantu perpindahan penduduk Yahudi ke Palestin dan juga Perang Dunia kedua.. Semua Presiden Amerika Syarikat sejak 1920-an hingga sekaran adalah ahli CFR.. Ia juga dianggotai oleh billionaire-bllionaire berbangsa Yahudi seperti Rockefeller dan Rotschild....
 
     Untuk mencapai matlamat utama mereka iaitu One World Government, mereka telah menubuhkan PBB selepas perang dunia kedua.. PBB pula dikuasai oleh Majlis Keselamatan yang dianggotai oleh 7 buah negara Kuasa Nuklear termasuklah Jepun.. sebab itulah Iran tidak dibenarkan mempunyai nuklear sebab dibimbangi mengimbangi kuasa dunia Islam dan barat... untuk menguasai dunia, CFR harus mempunyai ahli2 dari kalangan negara Islam dan satu lagi pertubuhan sulit ditubuhkan bagi merealisasikan misi itu iaitu Trilateral Commission (TC)..

                                                        TC pula ditubuhkan oleh insan yang ada di mana2 dalam Secret Society ini, David Rockefeller pada 1973... TC meliputi semua korporat seluruh dunia, antaranya ialah Presiden Bank Dunia, Presiden Toyota, Presiden Panasonic, Presiden Fuji Xerox, bekas Penasihat Politik Presiden Indonesia (mungkin sebelum Bambang Susilo dan termasuk 2 orang Tan Sri dari Malaysia berstatus billionaire....       Berikut ini saya petik fakta dari tulisan seseorang di internet yang dia juga memetik fakta itu dari tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html:   
 Begini tulisan beliau:      Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Sama-samalah kita mencari kebenaran dan kepastian...

PELAWAT

Penggoreng Blog